Site icon TechNave BM

Pengguna Zoom boleh buat panggilan lebih 40 minit secara percuma sempena Krismas & Tahun Baru

Perisian panggilan video popular Zoom biasanya menghadkan panggilan untuk pengguna percuma selama 40 minit sahaja. Walau bagaimanapun sempena perayaan Hari Natal dan sambutan tahun baru, Zoom akan memansuhkan had itu buat sementara untuk mereka yang menggunakannya secara percuma.

Berikut adalah waktu di mana semua pengguna Zoom boleh membuat panggilan tanpa sebarang had masa:

Tentunya perkhidmatan ini boleh dimanfaatkan oleh para pembaca yang beragama Kristian dalam berkongsi mesej perayaan serta sambutan tahun baru. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan Zoom pada waktu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Zoom

Exit mobile version