Site icon TechNave BM

Penggunaan kecerdasan (AI), ke arah proses pendigitalan Badan Kehakiman negara Malaysia

Sejajar dengan matlamat Malaysia ke arah negara digital, pelbagai organisasi telah menyertai pelaksanaan pengurusan melalui cara digital. Terkini, Badan Kehakiman negara Malaysia juga menuju ke arah proses pendigitalan.

Inisiatif digital yang diperkenalkan seperti ‘e-jamin’ dan ‘e-review’ dikatakan bakal memudahkan peguam dan anak guam. Selain itu, penggunaan sistem rakaman transkrip secara digital dan ‘digitally secured evidence’ juga mampu memudahkan sistem penghakiman.

Bukan itu sahaja, Badan Kehakiman negara juga ingin memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan akses pengadilan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata bahawa profesion undang-undang perlu menerima pendigitalan, seperti mana Badan Kehakiman Sabah dan Sarawak yang telah menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.

Adakah anda menyokong pendigitalan mahkamah Malaysia? Luahkan harapan dan pendapat anda di laman Facebook kami. Nantikan berita teknologi dari dalam dan luar negara terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version