Site icon TechNave BM

Penggunaan MySejahtera boleh diluaskan dalam sektor kewangan, pendidikan, perkhidmatan

Aplikasi penjejakan kontak MySejahtera mungkin akan diluaskan ke dalam pelbagai sektor seperti e-kewangan, pendidikan, penghantaran barang, perkhidmatan dan banyak lagi. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan aplikasi itu sudah pun digunakan oleh 25 juta rakyat Malaysia dan mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam satu platfrom.

Beliau juga mengatakan langkah ini adalah selari dengan matlamat MyDigital untuk meningkatkan penggunaan teknologi digital dan memanfaatkan rakyat melalui Revolusi Industri ke-4 (IR4.0). My Sejahtera telah pun banyak membantu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam mengawal penularan COVID-19 dan pengedaran vaksin COVID-19.

Aplikasi itu juga telah menggalakkan kaedah digital dalam perkhidmatan kesihatan. Datuk Saifuddin membuat kenyataan ini sempena menyambut Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April, dengan tema tahun ini Membina Dunia Yang Lebih Sihat dan Adil.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Borneo Post

Exit mobile version