Site icon TechNave BM

Penghantaran barang Shopee dari Shah Alam akan mengalami kelewatan

Perkhidmatan e-dagang popular Shopee memaklumkan kepada para pelanggan bahawa mereka telah menerima prosedur operasi standard (SOP) yang baru daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk operasi gudang di Shah Alam, Selangor pada 9 Julai lalu.

Berikutan SOP tersebut, gudang itu akan ditutup buat sementara untuk menguat kuasakannya dan penghantaran daripada gudang itu akan tertangguh. Pelanggan yang terjejas akibat penangguhan ini akan menerima pemberitahuan push notifications melalui aplikasi Shopee.

SOP ini diperkenalkan kerana Shah Alam akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Satu pemeriksaan terhadap gudang tersebut telah pun dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Julai.

Sungguh pun begitu, Shopee menjelaskan bahawa platform itu masih berjalan seperti biasa dan penghantaran di lokasi lain oleh Shopee Express serta syarikat penghantar lain tidak terjejas dengan perkembangan ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version