Site icon TechNave BM

Penghantaran global untuk PC turun sebanyak 16% pada 2022

Penghantaran telefon pintar merosot pada tahun 2022 disebabkan oleh masalah rantaian bekalan dan isu ekonomi lain. Menurut laporan, penghantaran global untuk PC dan komputer riba turun sebanyak 29% kepada 65.4 juta unit pada Q4. Manakala jumlah penghantaran pada 2022 ialah 285.1 juta unit yang menunjukkan penurunan 16% berbanding 2021.

Laporan tersebut turut mendedahkan penghantaran Notebook menyaksikan penurunan yang lebih besar iaitu sebanyak 30% kepada 51.4 juta unit pada Q4 2022 dan 19% kepada 223.8 juta unit untuk tahun 2022. Desktop juga menunjukkan penurunan sebanyak 24% kepada 14.1 juta unit pada S4 dan penurunan sebanyak 7% kepada 61.3 juta unit untuk tahun 2022.

Jika dibadningkan daripada segi jenama, Lenovo berjaya mendapat tempat teratas dalam pasaran pada Q4 2022 dengan penghantaran berjumlah 15.5 juta unit mewakili penurunan 29% YoY. OEM China juga merupakan vendor terbesar pada 2022 dengan jumlah penurunan sebanyak 17% berbanding 2021.

HP berada di tempat kedua dengan penurunan 29% dalam penghantaran pada Q4 kepada sejumlah 13.2 juta unit dan jatuh 25% kepada 55.2 juta unit untuk 2022. Ditempat ketiga adalah Dell yang menyaksikan kemerosotan terbesar dalam kalangan pengilang teratas pada Q4 dengan penghantaran turun sebanyak 37% kepada 10.8 juta unit.

Apple berada di kedudukan keempat dengan penurunan sebanyak 6% untuk 27.2 juta Mac manakala ASUS di tempat kelima dengan penurunan sebanyak 4% berbanding 2021. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Canalys

Exit mobile version