Site icon TechNave BM

Penghasilan HUAWEI P50 dikurangkan dan mungkin dilancar lewat

Penantian peminat siri HUAWEI P pada tahun ini mungkin akan sedikit lama kerana terdapat sumber yang mendakwa terdapat kelewatan dalam membekalkan komponen-komponen peranti tersebut. Kelewatan ini sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran siri HUAWEI P50.

Biasanya, siri HUAWEI P40 dilancar di pasaran pada suku pertama tahun, namun mungkin bakal berbeza pada tahun 2021 kerana isu kelewatan bekalan komponen. Selain isu kelewatan, tempahan bekalan komponen juga dilapor dikurangkan. Hal ini bermakna unit siri HUAWEI P50 yang akan dijual mungkin berkurang.

Perlu diingatkan bahawa laporan ini bukan dari pihak HUAWEI sendiri. Siri HUAWEI P50 dijangka hadir dengan barisan model seperti generasi lepas; HUAWEI P50, HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pro Plus.

Baca berita lepas mengenai HUAWEI di pautan ini.

Adakah anda kecewa jika siri HUAWEI P50 dilancar lewat berbanding garis masa sebelumnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: China Securities Journal

Exit mobile version