Site icon TechNave BM

Penghasilan iPhone 12 mini dilaporkan sudah berhenti, akibat jualan yang teruk

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar mengenai peranti iPhone 12 mini yang mempunyai hasil jualan yang kurang memuaskan berbanding model yang lain. Terbaru, mengikut laporan dari TrendForce, iPhone 12 mini kini sudah tidak lagi dihasilkan dan menuju ke akhir hayatnya.

iPhone 12 mini masih lagi disenaraikan di laman web Apple dan akan terus dijual sehingga kehabisan stok.

Apple is expected to focus on driving sales of the three non-mini models in the iPhone 12s series in view of the fact that the iPhone 12 mini (which reached End-of-Life ahead of time in 2Q21) suffered disappointing sales performances compared to other models in the iPhone 12 family. – TrendForce

iPhone 12 mini adalah telefon pintar yang paling berpatutan dari siri iPhone 12 dengan tanda harga RM3,399 sahaja. Ianya adalah peranti 5G yang paling kecik, nipis dan ringan di pasaran telefon pintar.

Yang menyedihkan, jualannya hanyalah 5% sahaja dari jumlah jualan siri iPhone 12. Walau bagaimanapun, sedikit pelik, Apple dikhabarkan masih bercadang untuk melancarkan pengganti kepada model mini ini pada bulan oktober ini. (iPhone 13 mini).

iPhone 12 mini (Sumber : GSMArena)

Adakah anda sedih dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : TrendForce

Exit mobile version