Site icon TechNave BM

Pengilang iPhone 12 terpaksa bekerja lebih masa bagi mencapai permintaan tinggi

Walaupun dengan tarikh pelancarannya yang agak lambat dan rantai pengilangan yang terjejas akibat COVID-19, permintaan untuk telefon pintar iPhone 12 mencapai lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Kini pembekal-pembekal yang bertanggungjawab menghasilkan telefon tersebut perlu bekerja lebih masa bagi memenuhi permintaan tersebut.

Menurut sumber, tempoh penghantaran iPhone 12 bagi sesetengah pasaran terpaksa ditangguhkan selama tiga hingga empat minggu susulan daripada pra-pesanan yang tinggi. Pembekal komponen kepada Apple seperti Foxconn, Pegatron dan Genius Electronic Optical (GEO) kini menambah syif lebih masa buat pekerja mereka serta mengupah pekerja tambahan untuk meningkatkan pengeluaran mereka.

Pengilangan yang tinggi ini juga muncul sewaktu Samsung dan pelbagai syarikat telefon pintar China ingin mendapatkan pasaran yang lebih luas selepas permintaan untuk peranti HUAWEI turun.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digitimes

Exit mobile version