Site icon TechNave BM

Pengilangan iPhone 14 Pro dan Pro Max diperlahankan kerana wabak COVID-19

Apple telah menngumumkan bahawa pusat pengilangan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terpaksa diperlahankan kerana kekangan yang dikenakan terhadap kilang-kilangnya di Zhengzhou, China. Menurut sebuah siaran akhbar oleh Apple, kekangan ini diambil bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara tersebut.

Berikutan masalah ini, Apple mengatakan mereka yang telah membuat pesanan untuk kedua-dua telefon ini mungkin akan menerimanya dalam masa yang lebih lama. Syarikat teknologi itu menyaksikan permintaan yang tinggi untuk kedua-dua telefon, namun ia tidak mampu melaksanakan kadar pengilangan yang pantas bagi memenuhi permintaan tersebut.

Sebelum ini, pengilangan iPhone diramal akan turun sebanyak 30 peratus berikutan sekatan COVID-19 dalam kilang-kilang Foxconn di China. Selain itu, 200,000 pekerja Foxconn juga dipaksa untuk kekal dalam bangunan sewaktu penularan COVID-19 pada bulan lepas.

Apple juga dilapor telah mula memindahkan pengilangan iPhone 14 ke India bagi menangani masalah pengilangan di China serta meluaskan fasiliti pengilangan untuk semua produknya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version