Site icon TechNave BM

Pengkaji dakwa nombor telefon pengguna WhatsApp Web tersebar di Google Search!

Isu mengenai perubahan polisi WhatsApp yang tidak menyenangkan hati pengguna masih lagi hangat diperkatakan. Tidak cukup dengan itu, sumber kini mendakwa nombor telefon pengguna WhatsApp untuk komputer, WhatsApp Web dilihat tersebar di laman carian Google. Perlu diingatkan bahawa WhatsApp penemuan ini adalah dari pengkaji di India.

Untuk pengetahuan anda, sumber bagaimanapun menyatakan perkara ini berasaskan sudut pandangannya sebagai pengguna di India. Sumber telah mengongsikan tangkapan skrinnya bersama Jabatan Informasi Teknologi India (IANS) yang menemui indeks nombor telefon peribadi pengguna WhatsApp Web di Google Search.

Menurutnya, penggunaan WhatsApp Web melalui komputer menjurus kepada nombor telefon yang diindekskan di Google Search. Penemuan indeks nombor telefon ini bukan nombor telefon perniagaan, sebaliknya nombor telefon peribadi pengguna.

Sumber: Twitter/rajaharia

Sebenarnya, penemuan ini agak pelik kerana kesemua pautan WhatsApp Web sebelum ini adalah versi tiada indeks (noindex). Google tidak sepatutnya mengesan pautan-pautan nombor telefon ini. Namun, jika penemuan ini benar seperti yang didakwa, kami berharap agar WhatsApp hadir dengan maklum balas rasmi.

Terdahulu, jurucakap WhatsApp pernah menyatakan bahawa arahan untuk Google agar tidak mengindeks perbualan telah dikeluarkan pada bulan Mac lalu. Segala pautan yang dikongsi dalam perbualan tidak boleh disiarkan secara awam di laman web.

Apakah pandangan anda mengenai penemuan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gadgetsnow

Exit mobile version