Site icon TechNave BM

Pengkaji UPM hasilkan kipas dron yang dibuat daripada daun nanas

Profesor Mohamed Thariq Hameed Sultan dan pasukannya dari Universiti Putra Malaysia telah berjaya menghasilkan kipas untuk dron yang dibuat daripada daun nanas. Beliau mendapat idea itu bagi menyelesaikan masalah sisa pertanian yang dihasilkan oleh para petani di Hulu Langat, Selangor.

Beliau mengatakan kipas dron yang dibuat daripada bahan bio-komposit seperti daun nanas mempunyai nisbah kekuatan-ke-berat yang lebih tinggi berbanding kipas yang dibuat daripada bahan sintetik. Kipas dron baru ini juga lebih murah, ringan dan mudah dihapuskan kerana ia boleh ditanam dan akan terlerai selepas minggu.

Contoh kipas yang dibina oleh Prof Thariq Hameed. Sumber: Reuters

Dron yang menggunakan kipas ciptaannya boleh terbang sehingga 1,000 meter selama 20 minit. Ciptaan ini diharapkan boleh membantu para petani untuk meningkatkan keuntungan mereka dengan menjual daun-daun nanas yang tidak boleh dipakai.

Kongsi pendapat anda tentang ciptaan unik ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version