Site icon TechNave BM

Pengumuman ASUS ROG Phone 2 Strix Edition Malaysia: SD 855+ dan paparan 120Hz dengan harga RM2499

ASUS Malaysia telah rasminya mengesahkan bahawa ASUS ROG Phone 2 Strix Edition bakal hadir di Malaysia dengan harga RM2499. Anda boleh menyambar peranti ini dalam masa terdekat ini.

Berkenaan ciri teknologinya, ROG Phone 2 Strix Edition dilengkapi perkakas (hardware) dan ciri sama seperti model asal. Ciri teknologinya ialah seperti paparan 120Hz 6.59 inci, Qualcomm Snapdragon 855+ dan bateri internal 6000 mAh yang menyokong teknologi ROG HyperCharge 30W. Satu-satunya perbezaan adalah Strix Edition hadir dengan RAM 8GB dan ROM 128GB, berbanding RAM 12GB dan ROM 1TB.

Mengenai kamera, peranti gaming ini hadir dengan kamera utama 48MP + 13MP bersama kamera selfie hadapan 24MP. Adakah anda berminat untuk menyambar ASUS ROG Phone 2 Strix Edition? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini mengenai harga dan tarikh penjualan telefon pintar ini bermula.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version