Site icon TechNave BM

Pengumuman Edisi Khas HONOR MagicWatch 2 direka oleh pereka dan artis seni terkenal Jacky Tsai, George Greaves, Wang DongLing and Giovanni Ozzola

Jika anda mengenali nama pereka dan seniman seperti Jacky Tsai, George Greaves, Wang DongLing dan Giovanni Ozzola, pastinya berita ini sebuah berita gembira. Terkini, HONOR menampilkan Edisi Khas HONOR MagicWatch 2 direka khas daripada artis dan pereka terkenal.

HONOR MagicWatch 2 tampil dengan dua saiz, 46mm dan akan datang, 42mm. Anda boleh memilih pilihan tali jam tangan logam, kulit dan getah elastik (bahan hipoalergenik mesra alam). Dengan paparan skrin sentuh AMOLED digandingkan bersama rekaan pereka terkenal, pastinya ia menambah ciri menarik jam tangan pintar ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai rekaan dan apa sahaja berkaitan edisi khas HONOR MagicWatch 2 ini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi HONOR atau Facebook rasmi HONOR. Anda masih boleh mendapatkan HONOR MagicWatch 2 46mm dalam pilihan warna Charcoal Black dan Flax Brown pada harga RM699 dan RM749 di laman pembelian rasmi HONOR atau HONOR Experience Stores (HES) di seluruh dunia.

Apa pun, nantikan tarikh penjualan rasmi dan harga rasmi di Malaysia melalui kami. Adakah anda berminat dengan edisi khas ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita jam tangan pintar terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version