Site icon TechNave BM

Pengumuman harga rasmi di Malaysia: Black Shark 3 Pro RM4,199 dan Black Shark Bluetooth Earphones RM399 – sedia dijual 4 Jun 2020

Sepertinya, peminat teknologi telah lama bersedia untuk varian peranti Black Shark Pro setelah Black Shark 3 dilancarkan di Malaysia pada hujung April lalu. Terkini, Black Shark Malaysia telah mengumumkan harga rasmi Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones sempena pelancarannya pada 4 Jun 2020 (esok).

Harga rasmi Black Shark 3 Pro varian RAM 12GB + ROM 256GB ialah RM4,199, manakala Black Shark Bluetooth Earphones ialah RM399. Sepintas lalu, Black Shark 3 Pro hadir dengan ciri gaming Master Trigger, skrin AMOLED 7.2 inci dan pelbagai ciri gaming lain untuk pengalaman gaming yang imersif. Anda boleh menyemak spesifikasinya di pautan ini.

Untuk penjimatan, anda boleh membeli Black Shark 3 Pro pada dua hari pertama pelancarannya (4 Jun dan 5 Jun). Penawaran promosi hadiah adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

Sebagai tambahan, 10 pembeli pertama akan menerima baucar Shopee bernilai RM100 selepas menyambar Black Shark 3 Pro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Shopee Black Shark.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version