Site icon TechNave BM

Pengumuman: Huawei Mate 30 Pro 5G berada di Malaysia pada harga RM4199

Hari ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan secara rasmi untuk siri Mate 30 Pro 5G sudah pun berada di Huawei Concept Store dan pusat jualan syarikat telekomunikasi tempatan dengan harga runcit RM4199 bermula 7 Februari 2020. Ia sekaligus menjadikan siri ini sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang menerima pengesahan SIRIM untuk 5G.  

Dengan penawaran kepada pelanggan yang membeli telefon pintar ini akan menerima barangan percuma bernilai RM537, antaranya pengecas wayarles dengan jaminan selama 1 tahun. Di samping itu, Huawei Malaysia juga memberitahu syarikat telekomunikasi Celcom, Maxis, dan U Mobile akan menjual Mate 30 Pro 5G ini secara terbuka di pusat-pusat jualan.

Huawei Mate 30 Pro 5G hadir dengan sokongan cip Kirin 990 dan modem 5G yang menyokong rangkaian 2G/3G/4G/5G – untuk 5G pula, ia menyokong 5G NSA dan juga 5G SA. Selain itu, peranti ini masih mengekalkan semua ciri teknologi yang sama seperti konfigurasi dengan empat lensa kamera, bateri berkapasiti 4500mAh + pengecasan pantas 40W + wayarles 27W serta banyak lagi.

Adakah anda berminat untuk dapatkan Huawei Mate 30 Pro 5G ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita seperti ini.

Exit mobile version