Site icon TechNave BM

Pengumuman Huawei nova 7i Malaysia: Fungsi kamera video selfie, kamera quad 48MP, pengecas pantas Supercharge 40W

Terkini, super star Huawei terbaru bakal menyinari rakyat Malaysia pada 14 Februari ini. Huawei bakal melancarkan Huawei nova 7i di Malaysia dengan dwi-kamera selfie dan fungsi kamera video. Ini mungkin berita gembira untuk vlogger di luar sana! Kelihatannya Huawei menjangkau angka 6 dengan terus mengeluarkan Huawei nova 7i selepas Huawei Nova 5i.

Telefon pintar kelas pertengahan Huawei nova 7i ini mungkin bakal digemari pengguna teknologi yang suka merakam video. Dilengkapi teknologi MeeTime dengan fungsi mikrofon + pembesar suara pada telefon, anda dapat menikmati pengalaman video yang baik walaupun dengan pencahayaan rendah. Tidak lupa juga kepada teknologi kamera yang boleh membuatkan anda kelihatan kurus bukan sahaja dalam gambar, tetapi dalam video.

Bahagian hadapan Huawei nova 7i Crush Green.
Bahagian belakang Huawei nova 7i Crush Green
Bahagian hadapan Huawei nova 7i Midnight Black.
Bahagian belakang Huawei nova 7i Midnight Black
Bahagian hadapan Huawei nova 7i Sakura Pink
Bahagian belakang Huawei nova 7i Sakura Pink

Berikut merupakan ciri teknologi dan spesifikasi penting Huawei nova 7i:

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi berkenaan harga Huawei nova 7i di Malaysia. Namun, semestinya kami akan kongsikan maklumat harga rasmi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Huawei atau laman Facebooknya.

Exit mobile version