Site icon TechNave BM

Pengumuman siri earbud Jabra Elite 75t Malaysia bermula dengan harga RM949 dan Elite 45h yang lebih murah

Jabra hari ini telah mengumumkan earbud wayarles Jabra Elite 75t dengan harga bermula dari RM949. Selain itu, Jabra juga mengumumkan headphone dengan harga yang lebih rendah, Elite 45h. Kedua-dua alat teknologi ini bakal tersedia di pasaran selepas suku kedua tahun 2020.

Berkenaan saiz, Elite 75t lebih kecil daripada generasi sebelumnya, Elite 65t. Ia juga lebih selesa dan selamat disesuaikan dengan telinga pemakai. Tambahan pula, earbud ini mampu bertahan sehingga 7 jam dengan sekali pengecasan dan sehingga 28 jam jika anda menggabungkan bateri ke dalam perumah pengecasan (charging case).

Jabra Elite Active 75t

Earbud ini juga telah memperkenalkan beberapa ciri baru seperti MyControls dan MySound yang memulakan debut pada CES 2020 di Las Vegas beberapa hari lalu. Sebagai info, MyControls membenarkan pengguna menggunakan satu earbud berbanding kedua-dua earbud.

Di sisi lain, MySound membenarkan pengguna menala profil audio sendiri untuk pengalaman mendengar muzik yang optimum. Ciri yang dinyatakan ini juga hanya tersedia pada suku kedua tahun 2020.

Elite 75t akan tersedia di pasaran dalam pilihan warna Titanium Black dan Gold Beige yang boleh dibeli melalui kedai rasmi Jabra di LazMall atau pengedar Jabra yang sah seperti ALL IT, Harvey Norman dan Foto Shangri-La. Adakah anda berminat untuk menyambar mana-mana produk di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita seperti ini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version