Site icon TechNave BM

Pengundi positif COVID-19 tidak boleh guna kenderaan awam dan Grab sewaktu PRU15

Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) semakin menghampiri kita, di mana pada 19 November 2022, rakyat Malaysia akan memilih parti politik yang akan memegang tampuk pemerintahan negara untuk lima tahun akan datang. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan nasihat am kepada para pengundi untuk diamalkan pada hari tersebut.

KKM turut menggariskan beberapa nasihat am untuk mereka yang positif COVID-19, di mana mereka masih boleh menghadirkan diri di pusat mengundi namun mereka diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang masa.

Selain itu, pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam serta kenderaan e-hailing seperti Grab. Selepas mencabut undi, mereka harus segera pulang ke rumah dan tidak singgah ke mana-mana lokasi lain.

Di samping itu, mereka harus mematuhi penjarakan fizikal bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Buat para pengundi lain pula, mereka amat digalakkan untuk memakai pelitup muka serta mensanitasikan tangan di tempat mengundi. Mereka juga digalakkan untuk membawa cecair pensanitasi tangan sendiri.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version