Site icon TechNave BM

Pengurangan kualiti video Netflix Malaysia selama 30 hari bermula 31 Mac

Terkini, Netflix memulakan langkah untuk mengurangkan trafik rangkaian sebanyak 25% di Malaysia. Untuk itu, mereka akan mengurangkan kualiti video pada laman mereka bermula pada 31 Mac 2020 (hari ini) selama 30 hari.

Pengurangan kualiti ini akan berlaku pada tontonan berdefinisi tinggi (HD) dan Definisi Ultra Tinggi (UHD). Namun, pelanggan yang melanggan kandungan video dalam tontonan HD atau UHD akan tetap dapat melihat dalam resolusi berkenaan dengan sedikit pengurangan pada kualiti gambar.

Apa pun, pengurangan kualiti ini tidak akan memberi kesan kepada aspek muat turun atau video yang telah dimuat turun dengan kualiti HD atau UHD. Langkah Netflix ini adalah bertujuan untuk memastikan penonton boleh dapat menikmati tontonan, sekaligus dapat mengurangkan trafik Internet di Malaysia.

Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version