Site icon TechNave BM

Pengurus Xiaomi beri Mi 10T Pro kepada lelaki yang enggan berkahwin jika tidak memiliki telefon itu

Seorang peminat Xiaomi di India yang bernama Kamal Ahamad telah menulis di Twitter, mengatakan bahawa beliau tidak akan berkahwin selagi tidak memperoleh telefon pintar andalan Mi 10T Pro. Mungkin beliau hanya menulis ciapan tersebut sebagai satu jenaka, namun bak kata pepatah “tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu”, seorang eksekutif Xiaomi India telah membaca ciapan beliau dan memberi Kamal sebuah Mi 10T Pro.

Manu Kumar Jain, Naib Presiden Xiaomi dan pengarah urusan Xiaomi India, membalas ciapan Kamal dan turut berjenaka bahawa Kamal kini sudah boleh berkahwain. Manu menggalakkan Kamal untuk mencuba kamera 108MP itu berkongsi pengalamannya bersama Xiaomi India.

Mi 10T Pro merupakan telefon pintar andalan terbaru daripada Xiaomi yang dilengkapi cipset Snapdragon 865, RAM LPPDR5 8GB, storan UFS 3.1 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W. Jika anda berminat untuk membeli telefon ini, jangan lupa untuk menonton video ulasan kami.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version