Site icon TechNave BM

Peniaga PKS boleh siar iklan percuma di Unifi TV bermula Oktober ini

Di sebalik penularan COVID-19, ia bukan sahaja memberi impak kepada aktiviti kebiasaan manusia, tetapi juga memberi kesan kepada ekonomi negara. Dalam segmen ekonomi, Unifi kini tampil dengan usaha baharu untuk pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS)/(SME).

Melalui sebuah acara khas Coffee & Connect hari ini, Head of SME Segment Unifi Azmi Abdullah menyatakan bahawa mereka membuka platform uBC (unifi Business Club) untuk membantu kumpulan SME menyerlahkan lagi potensi mereka. Anda boleh ke pautan rasmi uBC untuk maklumat lanjut.

Tambah Unifi, mereka bakal melancarkan pengiklanan percuma di Unifi TV (Oktober ini, tarikh rasmi akan diumumkan) dan menyenaraikan perniagaan kumpulan SME secara percuma di platform mereka. Penyenaraian perniagaan melalui cari@unifi adalah sebagai platform tambahan untuk membenarkan pelanggan mencari perniagaan anda.

Lai Shu Wei (Vice President of Marketing & Communications) dan Azmi Abdullah (Head of SME Segment) dalam acara hari ini

Kesemua usaha ini adalah untuk membantu pemilik PKS yang terkesan dengan penularan COVID-19, sekaligus membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaan.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version