Site icon TechNave BM

Penjual ditahan kerana mengumpul ~223k topeng muka untuk dijual di FB dengan harga melampau

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menahan seorang penjual di Kota Damansara dan merampas 223,000 keping topeng muka perubatan tiga lapis yang telah dikumpul oleh penjual tersebut dan ingin menjualnya pada harga yang lebih tinggi daripada harga siling.

Penjual tersebut menjualnya pada harga RM3.50 sekeping sedangkan harga siling adalah RM2.00. Pihak berkuasa mendapat maklumat tentang penjual ini daripada pengguna Facebook yang telah membuat laporan. Penjual tersebut menggunakan Facebook dan WhatsApp untuk menjual topeng muka tersebut dan kaedah pembayaran sewaktu penghantaran (cash on delivery) untuk memberinya kepada pelanggan.

Nilai topeng yang telah dirampas dianggarkan sebanyak RM446,000. Topeng tersebut amat diperlukan oleh pekerja kesihatan yang merawat pesakit COVID-19 sekarang. Pengguna dinasihatkan untuk lapor kepada KPDNHEP di talian 1-800-886-800 jika terjumpa sebarang perniagaan yang mencurigakan.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malay Mail

Exit mobile version