Site icon TechNave BM

Penjual Ukraine telah mendedahkan semua pilihan warna dan storan iPhone 13

14 September semakin tiba untuk Apple mengumumkan iPhone barunya. Berdasarkan khabar angin, penjual Ukraine mungkin telah mendedahkan semua konfigurasi warna dan konfigurasi storan yang akan disertakan oleh seluruh barisan iPhone 13.

Berdasarkan pendedahan yang diberi, iPhone 13 mini dan iPhone 14 akan hadir dalam enam warna: hitam, biru, ungu, merah jambu, putih, dan produk merah. Iphone 13 dijangka mempunyai dua storan iaitu 128GB dan 256GB manakala untuk varian mini 64GB dan 128GB.

iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max akan hadir dalam empat warna yang lebih konservatif iaitu hitam, perak, emas, dan gangsa. Pro akan hadir dalam pilihan storan 128GB atau 256GB sementara bagi Max akan hadir dalam varian 256GB dan 512GB.

Syarikat itu turut dijangka akan mengumumkan Apple Watch terbaru bersama barisan iPhone 13 pada minggu hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan barisan iPhone 13 yang bakal diumumkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version