Site icon TechNave BM

Penjualan konsol Steam Deck ditangguh ke 2022

Konsol game mudah alih Steam Deck merupakan antara konsol yang paling dinanti pada tahun ini, di mana ia menawarkan spesifikasi mirip PC dalam sebuah pakej yang mudah dipegang. Pada asalnya, ia dijadualkan untuk mula dijual pada hujung tahun 2021.

Walau bagaimanapun, syarikat pembina konsol itu, Valve, mengatakan bahawa mereka terpaksa menangguhkan pelancaran konsol tersebut berikutan masalah dalam rantai pengilangan (supply chain). Ini mungkin timbul daripada masalah kekurangan semikonduktor global yang masih menjejaskan industri teknologi sepanjang tahun ini.

Kini Steam Deck dijadual untuk mula ditawarkan kepada pengguna bermula Februari 2022. Perlu diingati bahawa ini adalah tarikh untuk mereka yang telah menempah awal dan sepatutnya mendapatkan Steam Deck mereka pada Q4 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Steam Deck dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Valve

Exit mobile version