Site icon TechNave BM

Pensijilan dedahkan siri Galaxy S22 akan dilengkapi pengecasan 45W

Kami telah menemui beberapa laporan tentang kelajuan pengecasan barisan Samsung Galaxy S22 sejak tahun lepas dengan sesetengah pihak mengatakan telefon S22 akan kekal pada pengecasan 25W manakala yang lain mendakwa siri S22 akan kembali menggunakan pengecasan 45W kepada varian andalan Galaxy S.

Pensijilan 3C China malah memperakui S22 (SM-S9010), S22+ (SM-S9060) dan S22 Ultra (SM-S9080) dengan pengecasan 25W tetapi DEMKO Denmark telah memperakui model Plus dan Ultra dengan pengecasan 45W.

Dengan itu, Galaxy S22+ (SM/S906E/DS, SM-906E, SM-S9060) dan S22 Ultra (SM-S908E/DS, SM-908E, SM-S9080, SC-52C, SCG14) akan mempunyai kelajuan pengecasan yang berbeza dalam pasaran yang berbeza tetapi model standard (SM-S901E/DS, SM-901E, SM-S9010, SC-51C, SCG13) hanya akan tersedia pengecasan  25W.

Syarikat pensijilan yang berpangkalan di Denmark itu tidak memberitahu kami tentang bateri telefon pintar ini. Bagaimanapun, berita tertiris baru-baru ini mendedahkan S22 akan dilengkapi bateri 3,700 mAh manakala S22+ dan S22 Ultra masing-masing akan dilengkapi bateri 4,500 mAh dan 5,000 mAh.

Sumber yang tertiris itu juga mendedahkan spesifikasi lain bagi trio S22 bersama-sama dengan harga dan ketersediaan. Samsung masih belum mendedahkan apa-apa tentang siri Galaxy S22 tetapi syarikat itu bakal menganjurkan acara Galaxy Unpacked pada 9 Februari di mana ia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy S22 dan siri Galaxy Tab S8.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version