Site icon TechNave BM

Pensijilan Wi-Fi 7 sedang berlangsung – Inilah perbezaan dengan Wi-Fi 6

Wi-Fi Alliance yang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian dengan lebih 900 syarikat bagi membangunkan dan memperakui teknologi Wi-Fi telah melancarkan program Wi-Fi 7 Certified secara rasmi. Ini bermakna peranti seperti telefon, komputer riba dan penghala kini layak untuk mendapat kelulusan terbaharunya.

Wi-Fi 7 merujuk kepada teknologi wayarles generasi ketujuh yang datang selepas Wi-Fi 6 (dilancarkan pada 2019) dan Wi-Fi 6E (2020). Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) membuat piawaian rasmi bagi Wi-Fi 7 ialah 802.11be. Ini adalah perbezaan utama antara Wi-Fi 7 dan versi sebelumnya:

Wi-FI 7 menjanjikan kelajuan yang lebih pantas, kependaman yang lebih rendah dan keupayaan yang lebih besar untuk mengendalikan lebih banyak peranti yang disambungkan sekaligus. Anda memerlukan kedua-dua penghala Wi-Fi 7 dan peranti Wi-Fi 7 untuk memanfaatkan faedah tersebut.

Wi-Fi Alliance meramalkan Wi-Fi 7 akan membuka pintu untuk bidang seperti AR/VR/XR, latihan 3-D, permainan elektronik, kerja hibrid, IoT industri dan automotif. Wi-Fi Alliance meramalkan bahawa 233 juta peranti Wi-Fi 7 akan memasuki pasaran pada 2024, dan berkembang kepada 2.1 bilion peranti menjelang 2028.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wi-Fi Alliance

Exit mobile version