Site icon TechNave BM

Penukaran paparan penutup kepada LCD pada Galaxy Z Flip6 mungkin tidak terjadi

Menjelang pelancarannya pada 10 Julai ini, butiran mengenai Samsung Galaxy Z Flip6 dan Fold6 terus bocor dengan helaian spesifikasi terkini mendedahkan penurunan yang tidak dijangka untuk paparan penutup Flip6.

Sejak awal, siri Galaxy Z Flip telah menggunakan panel AMOLED untuk paparan penutupnya bermula dengan saiz yang kecil dan semakin besar dengan Galaxy Z Flip5 menawarkan paparan luar yang besar membawa lebih banyak fungsi.

Galaxy Z Flip6 akan mengekalkan saiz paparan penutup 3.4 inci yang sama tetapi akan beralih kepada panel IPS LCD bukannya AMOLED. Perubahan ini agak pelik memandangkan kedua-dua jenis paparan boleh mencapai tahap kecerahan yang serupa dan Samsung tidak menggunakan panel LCD dalam keluaran utama mereka sejak sekian lama.

Walaupun terdapat penurunan ini, Flip6 dikhabarkan akan lebih mahal, menambahkan lagi kekeliruan mengenai keputusan yang dipilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5google

Exit mobile version