Site icon TechNave BM

Penyejuk Black Shark boleh didapati di kedai Switch dan Urban Republic seluruh Malaysia

Sekiranya anda bermain game dalam tempoh yang lama, penyejuk telefon pintar Black Shark kini dijual di kedai Switch dan cawangan Urban Republic di seluruh Malaysia. Oleh itu, pelanggan berpeluang untuk melihat penyejuk telefon pintar ini secara langsung.

Black Shark Funcooler 2 Pro dan Black Shark Magnetic Cooler menawarkan prestasi yang dipertingkatkan dalam dua bentuk yang bergaya. Black Shark Funcooler 2 Pro tampak lebih besar menyediakan penyejukan ultra pantas melalui teknologi penyejukan berbilang lapisan proprietari. 

Black Shark Magnetic Cooler
Black Shark Funcooler 2

Kombo plat dan cip yang sejuk menarik haba terus dari permukaan peranti untuk dialihkan melalui sink haba aloi. Kipas 7 bilah berprestasi tinggi dan kurang bunyi serta membebaskan haba secara aktif untuk memaksimumkan penyejukan. Sistem klip universal membolehkan Black Shark Funcooler 2 dipasang pada kebanyakan telefon pintar di pasaran hari ini.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi daripada Apple App Store atau Google Play untuk mengawal parameter termasuk kelajuan kipas, pencahayaan RGB, pemasa tidur dan banyak lagi. Mereka yang suka bergaya boleh memilih Black Shark Magnetic Cooler dengan seberat 73g untuk dipasang pada telefon tanpa memerlukan klip.

Penyejuk telefon pintar ini membawa kipas berkelajuan tinggi 7200RPM, 112 sirip pemindahan haba dan plat pemindahan haba yang cekap untuk memberikan penyejukan maksimum dan mengurangkan suhu peranti sebanyak 23°C. Ini membantu prestasi telefon dari segi hayat bateri yang lebih lama dan melindungi peranti daripada kepanasan.

Anda boleh lawati cawangan Switch dan Urban Republic terdekat untuk mendapatkan penyejuk Black Shark ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version