Site icon TechNave BM

Penyelidik di Australia berjaya capai rekod kelajuan internet sepantas 44.2 Tbps

Penyelidik di universiti-universiti Monash, Swinburne dan RMIT di Melbourne, Australia berjaya memecah rekod kelajuan internet di mana mereka mencapai kelajuan 44.2 Tbps (terabits per second). Apa yang menarik tentang pencapaian ini adalah ia dilakukan menggunakan infrastruktur sedia ada, jadi tidak mustahil untuk teknologi digunakan oleh orang ramai pada masa akan datang.

Ujian perhubungan ini dibuat antara kampus RMIT University dan Monash University sejauh 75km dan menggunakan infrastraktur gentian fiber yang mirip digunakan oleh Perhubungan Jalur Lebar Kebangsaan Australia.

Kelajuan ini berjaya dicapai menggunakan teknologi micro-comb yang diletakkan dalam kabel gentian fiber. Walau bagaimanpun, masih lama lagi jika kelajuan internet ini boleh digunakan oleh pihak awam. Jika ia boleh dikomersialkan pun, ia akan digunakan oleh pusat-pusat data terlebih dahulu.

Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version