Site icon TechNave BM

Penyenaraian 3C dedahkan Motorola Moto Edge X dilengkapi pengecasan pantas 68W

Motorola secara terbuka mengesahkan nama untuk telefon mereka seterusnya dengan menggunakan nama Moto Edge X. Baru-baru ini, syarikat itu membuat langkah persediaan untuk pelancarannya.  Moto Edge X dilengkapi Snapdragon 898 yang mana ianya mungkin digunakan pada Xiaomi 12 menurut khabar angin sebelum ini.

Bagi Moto Edge X, ia mungkin mempunyai nombor model XT2201-2 mengikut penyenaraian data 3C. Ia telah disahkan dengan sokongan pengecasan pantas 68.2W. Malangnya, tiada maklumat tentang kapasiti bateri (kemungkinan besar 4,500 mAh atau 5,000 mAh). Kuasa 68.2W mungkin kelihatan tidak seberapa, tetapi telefon Motorola dengan pengecasan pantas yang berada di pasaran sekarang ialah One Hyper (45W) dan G60S (50W).

Jenama ini mengambil pendekatan yang lebih konservatif untuk meningkatkan kelajuan pengecasan berbanding syarikat induknya iaitu Lenovo yang jarang menghasilkan telefon dengan sokongan pengecasan lebih daripada 65W. Motorola Moto Edge X dijangka dilancarkan sebelum akhir tahun tidak lama selepas Snapdragon 898 diumumkan secara rasmi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version