Site icon TechNave BM

Penyenaraian IMEI mendedahkan iQOO U5 bakal dilancarkan hujung tahun ini

iQOO sedang mengusahakan peranti siri-U mereka yang mungkin diberi nama sebagai iQOO U5 yang dilihat melalui senarai pangkalan data IMEI. Mukul Sharma telah mendedahkan peranti Vivo dengan nombor model V2165A yang juga mungkin iQOO U5 sedang dalam pembangunan  untuk pelancarannya yang dijangka tiba sebelum penghujung tahun ini di China.

Kami tidak mendapat sebarang maklumat kecuali kebarangkalian ia menampilkan MediaTek Dimensity 810 SoC. Khabar angin turut mengatakan ia mungkin seperti Redmi Note 11.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version