Sebuah lagi telefon iQOO yang akan datang telah disahkan di China. iQOO U5 (V2165A) muncul pada pangkalan data TENAA mendedahkan beberapa spesifikasi utamanya. Ini adalah peranti yang sama yang sebelum ini muncul pada pangkalan data 3C China di mana kami mengetahui bahawa ia mempunyai pengecasan 18W.
Penyenaraian TENAA mengesahkan ianya hadir dengan paparan AMOLED 6.58 inci dengan resolusi FHD+, bateri 4,910 mAh dan dwi kamera 50MP + 2MP di bahagian belakang. Kamera swafoto telefon ini mempunyai resolusi 8MP. RAM berbeza antara 4GB,6GB dan 8GB manakala storan ialah 128 atau 256GB.
Telefon ini akan menyokong sambungan 5G dan mungkin menggunakan cipset Dimensity 800U mengikut khabar angin sebelum ini. Beritahu kami di Facebook jika anda menunggu kemunculannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: TechAndroids

