Site icon TechNave BM

Penyulitan hujung ke hujung RCS antara iPhone dan Android kini aktif sepenuhnya

Selepas sekian lama menanti, Apple kini akhirnya mengaktifkan sokongan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) untuk mesej RCS antara iPhone dan Android menerusi kemas kini iOS 26.5. Walaupun Apple sudah memperkenalkan sokongan RCS dalam iOS 18 pada penghujung 2024 sebelum ini, mesej antara pengguna iPhone dan Android masih tidak dilindungi dengan sistem encryption penuh seperti iMessage.

Menerusi iOS 26.5, mesej RCS kini boleh dihantar secara lebih selamat antara kedua-dua platform tanpa pihak lain boleh membaca kandungan mesej ketika proses penghantaran berlaku. Keserasian dengan Android pula disediakan oleh Google yang turut mengesahkan pengguna Android dengan versi terkini Google Messages kini boleh menghantar mesej RCS encrypted kepada pengguna iPhone yang menggunakan iOS 26.5.

Apple memaklumkan ia hanya tersedia untuk operator telekomunikasi terpilih buat masa ini dengan senarai penuh sokongan telah dikemaskini menerusi dokumentasi rasmi syarikat. Pengguna juga boleh mengenal pasti sama ada perbualan mereka dilindungi encryption melalui ikon mangga baharu yang akan muncul dalam ruangan sembang RCS.

Apple menjelaskan encryption akan diaktifkan secara automatik untuk perbualan baharu manakala sembang sedia ada akan menerima sokongan tersebut secara berperingkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple|Google

Exit mobile version