Loop memperkenalkan Loop Dream yang merupakan penyumbat telinga pertama mereka yang direka khusus untuk tidur. Dengan komitmen terhadap inovasi teknologi dan reka bentuk, Loop berusaha untuk merevolusikan pemakaian telinga. Loop Dream membolehkan orang ramai mengawal persekitaran tidur mereka dengan mengurangkan bunyi dengan cara yang paling berkesan dan selesa seperti yang dikatakan oleh pengasas bersama Loop, Maarten Bodewes.
Setiap aspek reka bentuk Loop Dream direka khas untuk memberikan keselesaan maksimum semasa tidur. Ciri utamanya adalah hujung telinga berbentuk bujur yang inovatif serta diperbuat daripada dua lapisan foam memori dan silikon lembut yang meniru bentuk telinga untuk memastikan kesesuaian optimum.
Loop ikonik jenama ini juga telah diperbaharui untuk mengagihkan tekanan dengan lebih rata pada permukaan yang lebih kecil dan disalut dengan silikon fleksibel bagi meningkatkan keselesaan bagi mereka yang tidur mengiring. Nozel berbentuk bujur yang lebih nipis juga direka untuk mengurangkan tekanan dalam saluran telinga.
Loop Dream menawarkan tahap pengurangan bunyi tertinggi dalam rangkaian Loop pada 27dB (SNR) untuk menjamin persekitaran tidur yang tenang. Kajian menunjukkan bahawa bunyi sederhana seperti bisikan kuat pada 33dB mampu mengganggu kualiti tidur manakala bunyi lebih kuat seperti hujan renyai pada 48dB boleh menyebabkan terjaga.
Dengan kemampuan untuk menapis bunyi-bunyi ini, Loop Dream membantu mengurangkan risiko gangguan tidur kronik yang boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, diabetes jenis-2 dan obesiti. Penyumbat telinga ini boleh didapati dalam warna Lilac, Peach dan hitam. Loop Dream juga hadir dengan Carry Case yang luas dan dilengkapi bahagian bawah anti-gelincir untuk penyimpanan mudah di tepi katil.
Loop Dream berharga RM229 dan kini boleh dibeli di laman web rasmi di loop earplugs. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

