Site icon TechNave BM

Peraduan 99 Nights in Portrait 2.0 oleh vivo Malaysia sediakan hadiah sehingga RM3,000!

Untuk meraikan keluaran terbaharu vivo V29 5G, vivo Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan peraduan foto 99 Nights in Portrait 2.0. Objektif peraduan ini adalah untuk menyerlahkan ciri Aura Light 2.0 pada vivo V29 5G dan menemui bakat baharu yang berpotensi merakam potret menarik walaupun dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Dari 9 Oktober hingga 13 November 2023, vivo Malaysia berbesar hati menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan ini yang menyediakan hadiah terkumpul sehingga RM3,000. Setiap minggu akan diadakan acara fotografi dengan tema baharu yang menawarkan peluang kepada peserta untuk mendapatkan hadiah menarik.

TemaTarikh
Malam Muzik9 – 15 Oktober 2023
Pasar Malam16 – 22 Oktober 2023
Halloween23 – 31 Oktober 2023
Keseronokan Malam 1 – 7 November 2023
Perkhemahan Malam8 – 13 November 2023

Cara untuk menyertai peraduan:

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version