Site icon TechNave BM

Peranti 5G Redmi muncul dengan cipset Dimensity 800, mungkinkah Redmi Note 10 5G?

Redmi dengan siri Redmi Note 9 yang masih lagi hangat di arena telefon pintar kini mengatur langkah baru. Sumber melaporkan bahawa terdapat sebuah peranti Redmi 5G yang muncul di penyenaraian TENAA.

Penyenaraian tersebut menunjukkan peranti dengan nombor model ‘Redmi M2004J7AC’ berdimensi 164.15 x 75.75 x 8.99mm seberat 206g. Selain paparan OLED 6.57-inci beresolusi Full HD+ dan sensor cap jari dalam skrin, apa yang menariknya peranti ini mempunyai dua versi iaitu dengan sokongan 5G dan seokongan 4G.

Ia juga dilaporkan bakal hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 800 dengan varian RAM 6GB + ROM 128GB, RAM 8GB + ROM 128GB dan RAM 6GB + ROM 256GB. Peranti misteri ini bakal dilengkapi bateri berkapasiti 4420mAh bersama tetapan tiga kamera 48MP.

Kami tidak dapat menjangkakan nama peranti ini memandangkan Redmi sudah melancarkan kesinambungan siri Redmi Note 8 iaitu siri Redmi Note 9. Mungkinkah ia Redmi Note 10 5G? Apa pun, persoalannya akan terjawab pada minggu-minggu akan datang memandangkan khabar angin ini telah mula muncul.

Apakah jangkaan dan tekaan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version