Site icon TechNave BM

Peranti boleh lipat kedua Huawei – Huawei Mate Xs bakal hadir 24 Februari ini

Peranti boleh lipat kini menjadi trend dalam kalangan penggiat teknologi. Terkini, Huawei bakal mengeluarkan peranti boleh lipat keduanya, Huawei Mate Xs pada 24 Februari ini.

Sumber melaporkan Huawei Mate Xs bakal hadir dengan cipset Kirin 990 5G. Dengan ini, kita sudah dapat ketahui bahawa ia bakal menyokong rangkaian terkini 5G berbanding peranti boleh lipat pertamanya, Huawei Mate X. Peranti boleh lipat ini bakal hadir di konferens Huawei yang bakal dilangsungkan. Sumber juga menjangkakan Mate Xs ini bakal dilengkapi pengecasan pantas 65W.

Jika anda mempunyai persoalan tentang lokasi pelancarannya, usah bimbang kerana anda boleh menonton pelancarannya secara dalam talian berikutan pembatalan MWC 2020.

Kami akan memaklumkan berita mengenai Huawei Mate Xs kepada anda melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Apa pun, adakah anda berminat dengan Huawei Mate Xs? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Gizchina

Exit mobile version