Site icon TechNave BM

Peranti bukan flagship dengan cipset Kirin 820 5G bakal hadir

Anda mungkin pernah cuba mempertimbangkan peranti 5G, tetapi memandangkan harganya agak tinggi, anda membatalkan niat anda untuk menyambarnya. Berita ini mungkin berita yang menggembirakan anda! Terkini, sumber melaporkan bahawa cipset 5G untuk peranti kelas pertengahan sedang dalam proses pembinaan. Terdahulu, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka akan mengumumkan cipset Kirin 820 5G ini.

Sumber mendedahkan bahawa cipset Kirin 820 dipercayai cipset kelas pertengahan yang menyokong 5G. Kirin 820 dibina oleh proses 7nm dengan teras CPU ARM Cortex-A76 dan GPU Mali-G77. Untuk pengetahuan anda, cipset ini mungkin menghuni HONOR 30S, pelopor seterusnya kepada HONOR 20S, mungkin bakal dilancarkan pada April 2020 ini.

Pastinya, peranti kelas pertengahan adalah lebih murah daripada peranti flagship. Oleh itu, kewujudan peranti kelas pertengahan yang menyokong 5G pastinya menjadi rebutan ramai. Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station melalui TechNave

Exit mobile version