Site icon TechNave BM

Peranti didakwa ASUS ROG Phone 4 dengan Snapdragon 888 muncul di Geekbench

Sementara ASUS ROG Phone 3 masih lagi menjadi antara salah satu telefon pintar gaming yang diminati ramai, khabar berita mengenai penggantinya sudah mulai muncul. Sumber menyatakan bahawa terdapat peranti yang didakwa sebagai ASUS ROG Phone 4 dengan janaan cipset Snapdragon 888 muncul di Geekbench.

Untuk pengetahuan anda, kemunculan peranti di Geekbench sebelum dilancar adalah perkara biasa untuk menguji kemampuan peranti prototaip (masih berada dalam tahap ujian). Anda boleh melihat markah peranti ASUS yang didakwa sebagai ASUS ROG Phone 4 ini. Melihat kepada gambar, ia juga dioperasikan oleh Android 11.

Apa pun, masih terlalu awal untuk kita melihat prestasi penuh sebuah peranti gaming dengan Snapdragon 888. Mungkin berita-berita seterusnya akan merungkai lebih banyak spesifikasi dan maklumat lebih jelas mengenai peranti ini.

Kongsikan pandangan anda bersama kami mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mysmartprice

Exit mobile version