Site icon TechNave BM

Peranti didakwa Redmi K40 mungkin dijana cipset Snapdragon 775G

Siri Redmi K ialah siri peranti yang tidak dilancar di pasaran Malaysia, biasanya dilancar di pasaran China sahaja. Oleh kerana penawaran spesifikasi dan harganya yang baik, ia sering menjadi buah mulut peminat sehingga ke Malaysia. Terkini, sebuah peranti yang didakwa sebagai Redmi K40 telah muncul di internet.

Telefon pintar dengan nombor model M2011K2C ini dilihat dalam penyenaraian kelulusan produk. Menurut sumber, Qualcomm akan melancarkan Snapdragon 875 dan siri Snapdragon 700 yang baharu pada Disember ini. Terdahulu, Redmi K30 dalam siri Redmi K30 telah menjadi peranti pertama yang dijana Snapdragon 765G.

Jadi, tidak mustahil jika Redmi K40 kali ini sekali lagi menjadi peranti pertama yang dijana cipset siri Snapdragon 700 yang baharu (mungkin Snapdragon 775G). Sementara itu, varian Pro seperti Redmi K30 Pro pula biasanya dijana cipset yang lebih berkuasa (mungkin Snapdragon 875).

Apa pun, kesemua maklumat ini masih berstatus khabar angin. Redmi K40 dijangka dilancar pada hujung tahun ini. Khabar angin spesifikasinya yang lebih lanjut pasti muncul pada hari-hari yang akan datang. Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version