Site icon TechNave BM

Peranti elektronik kegemaran anda mungkin telah dibina oleh buruh paksa

Lens Technology dari China merupakan sebuah syarikat yang membekalkan pelbagai komponen elektrik kepada banyak syarikat teknologi utama seperti Apple, Amazon dan Tesla. Walau bagaimanapun, Lens Technology mungkin telah menggunakan buruh paksa di kalangan masyarakat Uyghur Muslim di Xinjiang, China untuk mengilangkan produk-produknya.

Menurut laporan The Washington Post dan Tech Transparency Project (TTP), Lens Technology telah menggunakan ribuan buruh paksa dalam sebahagian daripada tindakan kerajaan China terhadap minoriti Uyghur.

Dalam sebuah kenyataan, Apple telah membantah tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa syarikat pembekal mereka di 49 negara telah diaudit dalam 1,142 penilaian pada 2019 serta mendapati tiada kes buruh paksa digunakan dalam rantai bekalannya.

Walau bagaimanapun TTP mengatakan Apple masih perlu disiasat terutamanya selepas Apple melobi untuk menolak akta Uyghur Forced Labor Prevention Act yang membolehkan syarikat teknologi AS untuk tidak berurus niaga dengan syarikat China yang menggunakan buruh paksa.

Amazon dan Tesla pula masih belum memberi kenyataan berkenaan isu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version