Site icon TechNave BM

Peranti ‘flagship’ Black Shark seterusnya bakal sokong cas pantas melebihi 100W

Jika anda masih baharu dalam maklumat teknologi telefon pintar, mungkin anda tidak tahu bahawa tahap pengecasan pantas terkini yang tertinggi adalah 65W. Terkini, terdapat sumber yang menjangkakan bahawa peranti Black Shark yang seterusnya bakal menyokong pengecasan sehingga 100W.

Sebenarnya, pengecasan pantas 100W bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Hal ini kerana terdapat peranti yang bakal muncul dengan pengecasan 90W. Jadi, jurang dalam merealisasikan pengecasan pantas sehingga 100W sebenarnya kecil sahaja.

Tambahan pula, Xiaomi sebenarnya pernah mempamerkan teknologi pengecasan pantas 100W yang mampu mengecas bateri 4000mAh sehingga 100% dalam masa 17 minit sahaja. Menurut Presiden Xiaomi China, peranti flagship seterusnya mungkin bakal menjadi peranti pertama yang menggunakan pengecasan pantas 100W.

Memandangkan isu pengecasan pantas 100W tampil di internet, sebuah akaun di laman pendedahan maklumat terkenal Weibo telah menyatakan bahawa cas pantas peranti Black Shark seterusnya mungkin melebihi 100W.

Apa pula pendapat anda? Adakah teknologi pengecasan pantas 100W bakal menjadi spesifikasi popular pada masa akan datang? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version