Site icon TechNave BM

Peranti Huawei anda mungkin tidak akan menerima lagi kemas kini daripada Google

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) kini telah menghentikan pemberian lesen sementara kepada Huawei yang membolehkan peranti-peranti elektronik lama daripada syarikat itu untuk menerima kemas kini (updates) daripada Google. Bermula 13 Ogos, Google dan lain-lain syarikat teknologi AS tidak dibenarkan untuk menghantar kemas kini kepada semua peranti Huawei, termasuk yang telah dibina sebelum 2019.

Sebelum ini, lesen sementara oleh kerajaan AS membenarkan peranti Huawei yang dibuat sebelum 16 Mei 2019 untuk menerima kemas kini daripada syarikat-syarikat teknologi AS. Memandangkan lesen tersebut telah luput, peranti Huawei mungkin tidak lagi menerima versi baru Google termasuk Android 11 dan kemas kini untuk aplikasi yang dibina dari AS.

Lesen yang dinamakan temporary general license itu sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi AS untuk menggantikan alat-alat dan perkakasan yang dibuat oleh Huawei kepada syarikat lain. Pengguna peranti persedian Huawei pula mungkin perlu menukar peranti mereka jika mereka inginkan sistem operasi yang paling terkini.

Adakah anda akan menggantikan telefon Huawei anda? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget, Washington Post

Exit mobile version