Site icon TechNave BM

Peranti mampu milik realme 5i kini rasmi dengan bateri besar 5000 mAh

Di sebalik penantian realme X50 5G, realme 5i kini dilancarkan di Vietnam dengan harga VND 3,700,000 (lebih kurang RM653). realme 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari 2020. Menurut sumber, ciri teknologi realme 5i lebih kurang sama dengan realme 5.

Dikuasai cipset Snapdragon 665, realme 5i ditawarkan dengan varian RAM 2GB + storan 32GB dan RAM 4GB + storan 64GB. Telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian ini hadir dengan paparan panel IPS 6.5 inci beresolusi 720 x 1600 piksel. Anda juga boleh melihat takuk teardrop dan warna yang ditawarkan pada gambar di bawah.

Sumber: gsmarena

Mengenai kamera, realme 5i dilengkapi sensor 12MP f/1.8 apertur, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk merakam video 4K, anda boleh menggunakan kamera utamanya. Tidak lupa juga kepada kamera ultra-lebar 8MP yang menyokong mod malam Super Night Mode.

Apa yang paling menarik adalah realme 5i hadir dengan kapasiti bateri besar 5000 mAh. Walaupun tanpa pengecas pantas, kapasiti bateri 5000 mAh sudah memadai untuk telefon pintar mampu milik ini.

Apa pun, anda boleh ke laman Facebook realme untuk menonton pelancaran realme 5i pada 14 Januari 2020, jam 3PM. Kami akan memberitahu anda dengan kadar segera sekiranya ada maklumat rasmi lain mengenai realme 5i di TechNaveBM. Komen pandangan anda mengenai realme 5i di laman Facebook kami.

Sumber: gsmarena

Exit mobile version