Site icon TechNave BM

Peranti mesra poket HONOR 9S, skrin 5.45 inci akan dilancarkan di Malaysia

Peranti HONOR 9S yang sudah tersedia di pasaran global di negara lain, kini bakal tiba di pasaran Malaysia juga. Peranti mesra poket HONOR 9S ini bakal dilancarkan dalam waktu terdekat dengan kolaborasi jenama minuman Tien Tien Yogurt.

Menurut laman web rasmi HONOR global, HONOR 9S bakal hadir dengan skrin HONOR FullView 5.45 inci dan bateri 3020mAh. Ia turut dilengkapi kamera belakang 8MP, kamera swafoto 5MP dan storan 32GB.

Sumber: HONOR Global

Kami akan memaklumkan tarikh pelancarannya di Malaysia sejurus selepas mendapat maklumat rasmi dari HONOR Malaysia. Adakah anda berminat dengan telefon kelas permulaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version