Site icon TechNave BM

Peranti Nubia muncul dengan pengecasan pantas 80W, mungkin ini adalah Red Magic 5G

CEO Nubia, Ni Fei kembali lagi untuk menghangatkan lagi gosip dengan mendedahkan peranti akan datang mereka di Weibo. Terdahulu, beliau telah mengongsikan siaran di platform sosial media China berkenaan paparan 144Hz pada Nubia Red Magic 5G. Terkini, perkongsian baru melalui beliau juga memberi bayangan tentang peranti tersebut bakal memiliki sokongan pengecasan pantas 80W. Kami turut menjangkakan ini adalah Red Magic 5G.

Dalam perkongsiannya, Ni Fei mengongsikan gambar pengecasan telefon dengan beberapa maklumat dan statistik terpapar pada skrin. Dari informasi tersebut, kami dapat melihat voltan sebanyak 8.4 volt dan arus 9.6A yang bermakna kadar pengecasan boleh mencecah sehingga 80W.

80W bukanlah sesuatu yang lebih hebat daripada 100W yang diumumkan oleh Xiaomi. Teknologi yang dikenali sebagai Super Charge Turbo oleh Xiaomi membenarkan peranti dengan bateri 4000 mAh untuk dicas sepenuhnya dalam masa hanya 17 minit. Namun, pengecasan pantas 80W tidak jauh daripada 100W dan ia dijangkakan berprestasi lebih baik daripada keupayaan mengecas peranti lain.

Beritahu kami pendapat anda mengenai pengecasan pantas 80W di laman Facebook. Nantikan berita kemas kini teelefon pintar di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version