Site icon TechNave BM

Peranti OnePlus berharga bawah ~RM1,004 akan dilancarkan dengan Snapdragon 662 atau 665

Dengan melahirkan OnePlus Nord sebagai peranti kelas permulaan untuk memasuki segmen pasaran telefon pintar harga berpatutan, OnePlus kini lebih agresif melalui langkah yang seterusnya. Berdasarkan sumber, OnePlus bakal melancarkan sebuah peranti dengan janaan cipset Snapdragon 665 atau Snapdragon 662 di pasaran India.

Apa yang menariknya, peranti OnePlus dengan janaan cipset Snapdragon 665 atau 662 ini dilaporkan memiliki harga di antara 16,000 Rupi (~RM893) hingga 18,000 Rupi (~RM1,004) sahaja! Melalui pendedahan dari sumber, jenama lain yang akan turut melancarkan peranti dengan harga mampu milik adalah OPPO. OPPO dikatakan bakal hadir dengan peranti di bawah harga 20,000 Rupi (~RM1,116).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat spesifikasi berkenaan peranti OnePlus dengan harga mampu milik ini. Namun, memandangkan ia adalah sebuah peranti yang mungkin ditawarkan dengan harga sebegini, ia mungkin adalah peranti kelas permulaan. Terdahulu, kami ada memaklumkan mengenai peranti OnePlus yang bakal hadir dengan pengecasan 18W.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah berdasarkan jangkaan dan spekulasi dari pihak tidak rasmi sahaja. Mungkin akan ada berita mengenai spesifikasinya yang lebih jelas pada hari-hari yang akan datang. Adakah anda akan mendapatkannya jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version