Site icon TechNave BM

Peranti OPPO 5G yang diiktiraf SIRIM, Find X2 dilancarkan pada 22 Februari ini, bakal kunjung ke Malaysia

Berita ini merupakan pengumuman kepada peminat OPPO! Terkini, OPPO bakal melancarkan peranti flagshipnya, OPPO Find X2 pada 22 Februari secara global. OPPO juga memaklumkan ia bakal hadir di Malaysia.

Anda perlu tahu bahawa OPPO Find X2 merupakan peranti 5G yang disahkan oleh SIRIM. Sepintas lalu, OPPO Find X2 bakal hadir dengan salah satu cipset terkini Qualcomm, Snapdragon 865.

Rakyat Malaysia boleh mula menjangkakan kehadiran peranti ini di Malaysia selepas pelancarannya. Selari dengan rangkaian 5G Malaysia yang semakin meluas, mungkin tiba masanya anda mendapatkan sebuah peranti 5G.

Apa pun, kami masih belum mendapat tarikh rasmi tentang keberadaan OPPO Find X2 di Malaysia. Adakah anda bakal menyambar OPPO Find X2? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan pelancarannya.

Exit mobile version