Site icon TechNave BM

Peranti realme bakal dapat ciri “Smooth Scrolling”

Dahulunya realme adalah jenama bawah naungan OPPO, kini ia telah berkembang menjadi jenama tersendiri yang menawarkan pelbagai produk seperti peranti boleh pakai, TV dan lain-lain, tambahan kepada produk telefon pintar mereka. Walau bagaimanapun, telefonnya masih dihasilkan oleh OPPO dan juga masih kongsi alat teknologi yang sama seperti pengecas VOOC/SuperVOOC dan perisian ColorOS dalam bentuk realme UI. Kini, realme ingin menjadi sedikit berbeza dengan memperkenalkan ciri baru yang diberi nama “Smooth Scrolling“.

Ciri ini terletak pada bahagian realme Lab dan ini bermakna ciri ini masih belum stabil dan dalam proses penambahbaikan. Jika anda gunakan ciri ini, sebarang leretan dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain terasa lebih lancar dan lebih laju.

Kita dapat lihat sebarang leretan akan menjadi lebih sensitif setelah ciri ini dihidupkan. Ciri ini sememangnya akan dilihat lebih baik jika anda menggunakan telefon realme yang mempunyai skrin dengan kadar segar semula yang tinggi seperti 90Hz atau 120Hz.

Buat masa ini, ciri Smooth Scrolling hadir pada telefon realme yang dibawah:

Bagaimana dengan ciri terbaru dari realme ini? Adakah ini daya tarikan realme yang dapat mengubah anda menjadi peminat jenama realme? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita perisian terkini.

Sumber: xda-developers

Exit mobile version