Site icon TechNave BM

Peranti realme dengan cipset Dimensity 1080 akan dilancarkan pada tahun ini

MediaTek melancarkan cipset Dimensity 1080 baharu semalam membawa prestasi dan kecekapan yang lebih baik serta keupayaan kamera yang dipertingkatkan. Naib Presiden realme, Encik Madhav Sheth mengumumkan bahawa realme akan melancarkan peranti yang dikuasakan oleh cipset Dimensity 1080 pada tahun ini.

Sheth tidak mendedahkan sebarang butiran tentang peranti ini atau tempoh masa untuk pelancarannya. Namun, ramai pihak menjangka beberapa butiran akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Cip Dimensity 1080 adalah berdasarkan proses 6nm. Ia hadir dengan CPU okta-teras yang terdiri daripada dua teras Cortex-A78 dengan jam sehingga 2.6GHz. Tugasan intensif grafik seperti permainan dan penyuntingan video dikendalikan oleh GPU Mali-G68, dan terdapat juga sokongan untuk kamera 200MP, rangkaian 5G sub-6GHz dan sambungan Wi-Fi 6.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version